sukarelawan

 

Sejarah Kami

Pada tahun 2002, penduduk mula mendiami rumah mereka namun demikian tidak banyak rumah yang diduduki di Fasa 7B, Bandar Tasik Kesuma. Hubungan sesama penduduk tidak begitu rapat memandangkan penduduk masih lagi dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru. Kesempatana ini telah diambil oleh penjenayah untuk memecah masuk rumah di waktu malam ketika penduduk sedang nyenyak tidur. Banyak kejadian pecah rumah dengan penjenayah bersenjatakan parang dan sebagainya. Mereka begitu berani kerana keadaan perumahan ini terlalu sunyi.

Atas inisiatif penduduk pada awal 2003, satu jadual rondaan malam telah dikeluarkan dengan meminta jasa baik penduduk untuk meluangkan masa membuat rondaan disebelah malam (awal pagi). Beberapa kumpulan telah dibentuk untuk melakukan tugas rondaan dari hari Isnin hingga Ahad dan setiap hari terdapat 2 kumpulan yang bertugas. Satu kumpulan bertugas dari 12:00am - 3:00am, manakala satu lagi bertugas dari 3:00am - 5:30am. Nyata usaha  ini telah membuahkan hasil dengan tiadanya kes rompakan baru yang dilaporkan. Sambutan pada peringkat awal amat menggalakkan dan beransur-ansur dingin selepas itu dan seterusnya aktiviti rondaan terhenti di pertengahan 2003.

Tidak berapa lama selepas itu berlaku lagi kes rompakan dan semua penduduk terjaga dari lena yang panjang dan aktiviti rondaan dihidupkan kembali di penghujung 2003. Dari 2 kumpulan setiap malam, kini hanya tinggal 1 kumpulan sahaja.

 

 raya  dodol


Dengan kumpulan kecil yang masih lagi aktif, kami terus mengorbankan tidur kami dan kini sebuah kabin ronda telah dibeli hasil dari kutipan sumbangan penduduk (seperti gambar di atas). Pada peringkat awal ketika tiadanya kabin ronda, peronda akan berkumpul di taman permainan kanak-kanak dan seterusnya melakukan rondaan. Masaalah tiba sekiranya pagi tersebut terlalu sejuk dan lebih memburukkan lagi keadaan sekiranya hujan. Kebiasaannya peronda akan memilih mana-mana rumah yang belum didiami (pintu pagar tidak berkunci) sebagai tempat berteduh.

Pada ketika ini hanya jalan 1/13, 1/14, 1/15, 1/16, 1/17 dan 1/18 yang masih mempunyai "wakil" didalam Pasukan Sukarelawan Ronda. Usaha kami agak terbatas dengan jumlah Sukarelawan Ronda yang sedia ada dan mesyuarat telah memutuskan bahawa skop rondaan hanya di jalan-jalan yang masih didiami oleh Sukarelawan Ronda yang aktif. Sekiranya satu blok/deretan rumah yang mempunyai 40 buah rumah dan dari 40 buah rumah tersebut hanya terdapat satu (1) Sukarelawan Ronda yang masih aktif, maka, kami akan tetap meronda di keseluruhan jalan tersebut.

Mesyuarat Pasukan Sukarelawan Ronda pada 22-Mar-2008 telah memutuskan bahawa skop rondaan malam diperluaskan ke jalan 1/13 kerana terdapat 2 orang wakil dari jalan tersebut. Walaubagaimanapun, majoriti yang hadir pada mesyuarat tersebut tidak bersetuju meronda dilorong belakang di antara jalan 1/13 dan jalan 1/12 kerana lorong tersebut terlalu gelap dan bilangan SR pada waktu ini amat terhad.

 

   


Setelah aktiviti rondaan malam menjadi agak kukuh, kami telah merancang dan mengadakan majlis sosial bersama penduduk seperti acara mengacau dodol dan sambutan makan malam Aidilfitri. Kini kami telah mempunyai sebuah kanopi yang bertujuan digunakan untuk majlis anjuran kami (lihat gambar sebelah kiri di atas).

Jika dikenang dari sejarah kewujudan kami, kami telah mengalami waktu-waktu sukar dimana jumlah ahli yang turun meronda semakin menurun dan tanpa jemu kami sentiasa meniupkan semangat yang telah kami bina sewaktu dulu. Mungkin kunci kejayaan kami ialah kami mengamalkan sikap tidak meminggirkan sesiapa jua dan terus melakukan usaha motivasi kepada semua Sukarelawan Ronda. Mungkin juga kami bersikap telus dengan setiap maklumat yang kami bincangkan didalam mesyuarat, kami bentangkan kepada penduduk, terutamanya hal-hal yang berkaitan aspek keselamatan taman perumahan dan kewangan.

Kini, kita telah pun berada di tahun 2008 dan kami amat berbangga kerana masih ada lagi penduduk yang masih sudi untuk menghidupkan aktiviti rondaan malam. Semoga aktiviti murni ini berterusan.

"SEJARAH LALU, PANDUAN MASA DEPAN"

Iklan Berbayar

Ingin mengiklankan produk anda disini? Sila hubungi Webmaster


Dapatkan Tips-tips Penjimatan Elektrik Di Sini


Perkhidmatan Kami 

Jamin




 

Tawaran