sukarelawan

 

Galeri Gambar Terpilih

Terlebih dahulu inginlah saya sebagai pihak penyelenggara laman Web ini memohon maaf sekiranya teks yang disertakan dengan gambar-gambar terpilih di sini, menyinggung perasaan mereka yang berkenaan. Sila maklumkan kepada penyelenggara laman Web ini sekiranya anda tidak bersetuju dengan teks yang dikaitkan dengan diri anda.

 Sukarelawan Ronda

Sukarelawan Ronda

Tarikh : 24-Feb-2008  

Sebagai memenuhi keperluan bersukan, sebuah gelanggang bolatampar bersaiz sebenar telah dibina disebelah surau. Kelihatan 'engineer' ukur tanah sedang melakukan ukuran perletakan tiang bolatampar. Kalau senget jugak tau la kta nak cari siapa. Yang berdiri kat tepi tu pulak, tengok gelagat engineer macam tak percaya pulak. Gaya-gaya macam mahir skodeng.

Gelanggang ini nanti akan menjadi medan pertempuran pasukan-pasukan bolatampar yang akan dibentuk. Yang pasti, Sukarelawan Ronda akan membuat sekurang-kurangnya 3 kali kemunculan untuk menguji struktur tanah gelanggang dan tahap keselamatan. Selepas kami memberikan CF kepada gelanggang tersebut, tak dapat dipastikan bilakah kami akan turun kembali. Kelihatan dalam gambar, YB Amin sedang meletakkan tanah asas. YB turun padang, mana tidaknya, 2 minggu lagi nak pilihanraya umum ke-12.

Sukarelawan Ronda 

Tarikh : 24-Feb-2008  

Kabin ronda telah dicat baru dengan warna hijau kedamaian sebagai tema pada kali ini. Warna ini telah dipilih oleh majoriti SR. Juga 2 pintu telah digantikan dengan yang baru. Pintu lama yang telah lama Usang telah berjaya dijual kepada Rahim Maarof.

Pintu baru berjaya diperolehi melalui sumbangan penduduk berbentuk pintu, bukan wang.

 

Tarikh : 29-Jul-2007  

Pertandingan bolasepak antara fasa telah berlangsung pada tarikh ini di padang awam Semenyih. Walaupun terpaksa pulang lebih awal, kami tetap berbangga kerana menghantar pasukan 100% tulen terdiri dari penduduk asli fasa 7. Ada team import-mengimport.

Kelihatan dalam gambar, kami sedang mengatur strategi sebelum perlawanan seterusnya. Rasanya tak kot, tengah berkemas untuk pulang. Klinik kat BTK untung betul sebab keesokannya ramai yang cuti kejang otot.

 

Tarikh : 29-Jun-2007   11:00 pm

Jurutera Letrik & Bangunan sedang sibuk memasang kanopi di rumah penyewa. Penyewa adalah merupakan penyewa nombor 2 untuk khidmat sewaan khemah yang ditawarkan oleh Sukarelawan Ronda. Berapa ringgit la agaknya korang tekan penyewa tu. Harga promosi kot?

Mamat yang duduk tu teringat masa majlis nikah dulu. Patutla lepas pasang khemah, terus balik masuk rumah, tutup lampu, tak lepak kabin pun.

 

Tarikh : 11-Nov-2006   06:00 pm

Persiapan menjelang majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri 2006 anjuran sukarelawan ronda.

Anak siapa tu? Rajin betul ke dapur. Tembikai tu dipotong la, bukannya diracik. Tangan bangku betul.

 

Tarikh : 11-Nov-2006 06:30 pm

Acara masak lemang dalam hujan. Belum pernah dibuat orang tapi sukarelawan ronda BOLEH!!!

Kalau budak kecil main hujan, orang tua marah. Kalau orang tua yang main hujan, macammana pulak?

 

Tarikh : 11-Nov-2006   06:40 pm

Ayamang - Ayam masak dalam lemang, resipi Abg Sahidin sewaktu menuntut di kepulauan Borneo dulu.


Ijoi : "Beratur ye kalau nak rasa."
Abg Sahidin " Kammmbing betul! Ini sudah  lebih, aku punya resipi pun aku kena beratur ke?"

 

Tarikh : 11-Nov-2006    09:00 pm

Bakar ayam yang paling kita orang expert. Ayam tak hitam, tulang ayam lagi tak hitam. Selaku ketua tukang masak, Abg Ramli merasmikan acara bakar membakar.

Sukman : "Amboi... dia ni terbalikkan ayam pakai tangan aje?"

 

Tarikh : 11-Nov-2006     09:30 pm

Keluarga penduduk sedang menjamu selera. Juadah secara buffet mengalahkan hotel punya standard. Suasana begitu meriah dengan sebahagian membawa juadah kuih raya.

Dah hujung-hujung bulan raya, apa jenis biskut raya pun sodap!!! Makan dulu kak long, gosip2 kemudian.

 

Tarikh : 16-Dis-2006     00:01 am

Ini bukanlah sebahagian dari siri Program Latihan Khidmat Negara dan bukan juga sistem kerahan tenaga. Ini adalah sebahagian dari program kacau dodol bagi tahun 2006 anjuran Sukarelawan Ronda.

Semua kena tipu sebab ingatkan kacau bubur, rupanya dodol 5 gantang. Menyesal...menyesal aku.

Tarikh : 16-Dis-2006   03:00 am

Ramai yang telah tewas tapi otai kita masih lagi terus bersemangat menyorong tarik dan menterbalikkan pendayungnya. Ehmmm....hebat sungguh Abg Ramli.

Terbaru! Terkini! Terhangat Dipasaran!

Tidak puas melihat gambar-gambar di atas. Usah bimbang, kami tahu apa yang anda inginkan. Sila klik di sini http://www.flickr.com/photos/sukarelawanronda untuk mendapatkan gambar-gambar eksklusif aksi-aksi Sukarelawan Ronda. Anda boleh download gambar-gambar tersebut dan menghantarnya ke kedai gambar untuk proses cetakan. Kebiasaannya berharga RM0.40 sekeping untuk saiz 4R.

"SEPAKAT MEMBAWA BERKAT"

 

Iklan Berbayar

Ingin mengiklankan produk anda disini? Sila hubungi Webmaster


Dapatkan Tips-tips Penjimatan Elektrik Di Sini


Perkhidmatan Kami 

Jamin




 

Tawaran